Wednesday, July 31, 2013

Lagu India Utara: Tode Bina Kahani

Om Swastiastu!

Persembahkan lagu berbahasa Hindi... Yang ini memang aku boleh berbahasa dengan lancar kerana ia adalah bahasa ibunda aku, hahaha....

 

Wayang gambar ini berjudul Kahaani. Pelontar suaranya, En. Sukhwinder Singh dan lokasi lakonannya adalah di Bengal Barat, India. Sempadan Bengal Barat adalah Bengal Timur yang dipisahkan semasa pembentukan negara Pakistan. Kemudian Bengal Timur berpecah lagi dengan Pakistan kerana masalah bahasa kebangsaan lalu menjadi negara Bangladesh. Pelakon wanita itu nama Widya Balan dari negara Kerala sebelah India Selatan. Sengaja ku perbuat begini supaya penganut Hindu Asia Tenggara boleh berhubung semula dengan penganut Hindu di rantau India dengan perlahan-lahannya bertukar kebudayaan sesama sendiri.

Saturday, July 27, 2013

Gita Sanskerta: Manasa Satatam

Om Swastiastu!

Gita berbahasa Sanskerta ini harap dapat diperguna untuk pelajaran bahasa Sanskerta kita moga kesatuan kita dicapai menerusi bahasa Sanskerta dan bahasa Drawidia lain... Ada tulisan Dewanagri di bawah ini tetapi malas sekali aku mau tukarkan ke aksara Malayala dan ke aksara Roman.
 
 

Pengertian

Moga kita sentiasa ingat. Marilah kita berulang kali menyebutnya: tugas kita itu perbuat kebajikan kepada kemanusiaan. Janganlah kita cuma menumpukan kepada kesenangan kebendaan mahu pun berbaring di ribaan kemewahan; Moga kita disedarkan selalu bahawasanya tugasan kita itu adalah berkebajikan kepada kemanusiaan.

Moga kita tidak menghitung kesedihan kita. Tidak juga mencerminkan kebahagiaan kita. Marilah kita ambil terus tindakan: Tugasan kita itu berbuat kebajikan kepada kemanusiaan. Moga kita belayar di atas lautan kesengsaraan. Biarlah kita menanggung gunungan kesukaran. Sementara melalui belantara kesukaran, tugasan kita tetaplah menjalankan kebajikan kepada kemanusiaan. Biar tebalnya belantara dari kegelapan bersangatan atau diselubungi oleh kawan dan keluarga rapat. Tatkala kita mengembara dalam jalan-jalan ini,tugasan kita tetaplah berbuat kebajikan kepada kemanusiaan. 

Ye Dharma Hetu Prabhawa

Swasti Sri


Walaupun kita pada dasarnya adalah bangsa Brahmana, namun kita tidak terasa berlainan dharma pun dengan Sang Buddha. Tidak ku pahami mengapa harus dibedakan dharma berdasarkan guru. Guru itu adalah pemegang parampara, tapi dharma itu senantiasa berjalan. Ingin ku perkenalkan kepada rakan-rakan penganut ajaran Buddha dan juga penganut agama Hindu lain tentang bacaan Ye Dharma.

Ayat pemula winaya berbunyi, "Ye dharma hetu prabhawa" merupakan kata-kata yang diucapkan oleh Phra Arahant Aswajit kepada Upatissa yang kemudiannya dikenali sebagai Sariputra. Empu Sariputra bersama dengan rakan rapatnya sejak kecil Kolita yang kemudian dikenali sebagai Maudgalyayana, merupakan antara pelajar Sang Buddha. Mereka ini semua adalah bangsa Brahmana, bukan bangsa Kesatria atau lain-lain. Ketika pertemuan dengan Aswajit, Sariputra lantas tertegun dan bertanya kepada guru itu dan juga dharma yang diajarinya. Aswajit bagaimanapun menolak pujian dan kekaguman Sariputra itu kerana beliau sendiri hanya seorang "pelajar asas". Dibalaslah oleh beliau segala perkataan Sariputra itu dengan kata-kata ini dan sebelum selesainya bacaan ini, Sariputra dapat pula melihat keputusan di sebalik pertanyaannya itu.

Nyanaponika Thera dalam bukunya Pelajar Sang Buddha yang Teragung (Hellmuth Hecker & Nyanaponika Thera) menyebut:
"Tatkala mendengar dua barisan pertama bacaan, terbitlah dalam diri si pengembara Upatissa suatu pemandangan terhadap dharma yang tiada diselaputi habuk dan tidak berkarat. Yang pertamanya pandangan yang tiada pernah akan mati, jalan kemasukan ke "aliran" dan juga pengujung dua ayat terakhir itu telah mendengarlah ia pada tahap srotapannapatti".
Bacaan Ye Dharma


യെ ധര്മാ ഹെതു പ്രഭവാ ഹെതും തെഷാം തഥാഗതഃ ഹൃവദത് ഹെതും ച യൊ നിരൊധ എവം വാദീ മഹാശ്രമണഃ 

Ye dharma hetu prabhawa. Hetum tesam tathagatah hiyawadat tesam ca yo nirodha ewam wadi maha sramanah. 

Pengertian

Dari segala benda yang terbit dari satu punca itu, Tathagata telah pun menyebutkan tentang puncanya. Dan juga apa cara untuk menghentikannya: Inilah ajaran Sang Ajar-Ajar Agung.

Catitan

Ayat ini merujuk kepada sejenis kepercayaan penganut ajaran Buddha. Ia selalu sahaja dicatatkan pada ong rupa Buddha, atau di balik lukisan-lukisan yang menggambarkan tokoh-tokoh keagamaan. Perkara yang timbul disebabkan kepada keterikan kepada punca dan penghentianny apabila tak wujud lagi punca-punca bukanlah diambil sebagai "kepercayaan" bagi penganut ajaran Buddha. Ia hanya merupakan kenyataan terhadap kebenaran empirik. Ia merupakan hakikat yang hanya disahihkan oleh pemerhatian.

Tak seperti penganut agama Barat, segala perkara mesti jelas kepada penganut ajaran Buddha. Perkara yang dirujuk dalam ayat itu sebenarnya adalah dharma dalam bentuk fenomena pemikiran. Pengalaman yang dirasai oleh ciptaan dalam loka maya ini menerusi pancaindera dan minda, berbanding dengan mata benda itu sendiri.  

Frasa bererti, "dari segala dharma yang timbul dari punca-punca..." Semua pengetahuan dari sebarang realiti objektif ditengahi menerusi pancaindera dan minda, dan makanya pengetahuan itu subjektif. Ia tak menafikan kemungkinan ada nya realiti objektif, sebaliknya ia menyatakan bahawa realiti objektif itu boleh diketahui sendiri oleh tubuh yang memegang jiwa itu.

Dalam sabdawali terkini, pengalaman (pengetahuan dharma) yang timbul dari punca itu berhenti apabila punca nya hilang. Dengan mendakwa mengetahui asal kepda pengalaman, Sang Buddha bukannya mendakwa bahasa baginda itu mengetahui segala perkara atau mempunyai sebarang pengetahuan mengenai realiti objektif. Pengetahuan ghaib baginda itu berkaitan dengan jenis pengalaman, dan kenapa pengalaman itu mengecewakan termasuk tentang bagaimana pengalaman tak menyenangkan itu dihapuskan.

Prasasti Ye Dharma

Dalam bacaan Ye Dharma itu, aku sertakan gambaran prasasti yang dipahat seorang pedagang bernama Buddha Gupta dari Bengal yang mendarat di pantai Kedah di utara Tanah Melayu sekitar kurun ke-4 dan ke-5 M. Ia ada tersimpan di Muzium Negara India di Kolkata, Bengal Barat. Prasasti ini dipasak di Seberang Perai sekitar 400 M sebagai lambang penghargaan kerana ketibaan beliau yang selamat ke tanah semula dalam pelayaran dari India. Ia dipahat dalam tulisan Brahmi. Ada bacaan Ye Dharma di situ dan juga catitan seorang Mahanawika bernama Buddha Gupta menjadi kepala pelayaran. Ia membuat pujaan pada pahatan batu itu supaya sampai dengan selamatnya ke Raktamertikka atau negeri Tanah Merah. Sumber rekod Cina merujuk kerajaan itu sebagai Chih Tu, kemungkinannya terletak di rantau Segenting Kra sampai ke Semenanjung Tanah Melayu.

Friday, July 26, 2013

Bumi Kencana: Kota Bangsa Pyu


Semua sekali ada 12 kota berkubu yang digali semula oleh para pengkaji sejarah sejauh ini. Lima daripadanya itu kekal sebagai kota terbesar dalam negeri-negeri orang Pyu di rantau Myanmar. Antaranya adalah Beikthano, Maingmaw, Binnaka, Halingyi dan Sri Ksetram.

Negara Kota Beikthano

Ia terletak dalam rantau Minbu yang disaliri (kini di Taungduingyi) dengan laluan darat yang terus ke lembangan Chaukse yang disaliri air sehingga ke timur lautnya. Ia merupakan tapak perbandaran tertua yang sejauh ini telah ditemui dan dikaji menurut cara saintifik.

Tinggalan dalam kota ini seperti struktur bangunan purwa, bahan-bahan arca tanah liat, dan rangka manusia yang dikirakan dari satawarsa ke-200 SM sampai 100 SM. Kota ini sebenarnya sebutan bahasa Sanskerta bagi orang Myanmar, iaitu Kota Wisnu. Ia merupakan kota terawal yang secara budayanya dan mungkin juga politiknya itu berada dalam keadaan selaras dalam Itihasa Burma. 

Ia merupakan penempatan yang dibina dinding sekelilingnya, dengan ukuran kira-kira 300 hektar di dalam dinding empat persegi (3 km x 1 km). Dinding dan kubu-kubunya itu diukur berketebalan enam meter, dan radio karbon mencatatkan bacaan dari satawarsa ke-180 Sm dan 610 SM. Seperti kota-kota berikutnya, gerbang utama ke dinding-dinding ini menuju ke istana yang mengadap ke timur. Cetiya dan bangunan biara juga ada ditemui dalam carigali di kota berkubu ini.

Negara Kota Maingmaw

Negara kota ini letaknya di rantau Chaukse, dalam bentuk bulatan dan dianggarkan dari milenia pertama SM. Pada ukur lilit 2.5 km dan seluas 222 hektar, kota ini merupakan salah satu daripada kota purwa yang terletak dalam seluruh rantau Chaukse. 

Ia ada dua dinding berlapis, di sebelah luarnya itu empat persegi sementara yang dalamnya pula bulatan. Rekabentuk bulat dalam empat persegi itu memberi gambaran ada lambang zodiak yang mewakili sorga-sorga dari sudut pandangan matahari. Rekabentuk ini juga terpakai dalam pembangunan bandar Mandalay hari ini. 

Di pertengahan yang hampir mati jalannya, ada sebuah biara dikenali dengan nama Nandawya Paya kemungkinanya dibina semula pada satawarsa ke-19 M dari tinggalan biara purwa. Kota ini dikunci dua dengan satu terusan, dipikirkan menyaliri kota rekabentuk kontemporari walaupun tak ada pentarikhan karbon yang mengesahkan tanggal terbangunnya.

Carigali pertama pada 1979 membongkar banyak artifak purwa termasuklah barang kemas, matawang perak, serta tajau pengebumian. Kebanyakan dari artifak purwa seperti matawang dan tajau pengebumian ini nampak seperti sama saja dengan yang ditemui di kota Wisnu dan Binnaka.

Negara Kota Binnaka

Negara kota Binnaka ini terletak lah juga dalam rantau Chaukse. Ia nampak sama seperti jirannya iaitu negara kota Maingmaw dalam banyak perkara. Ada struktur batu-bata yang berkongsi rekaan yang sama dengan kota Wisnu dan lain-lain tapak negara kota.

Carigali membongkar artifak pra-Buddha, rantai leher emas, batu-batu manikam dengan ukiran gajah, singa dan penyu, barangan tembikar Pyu, papan-papan tanah liat guna buat menulis dengan tulisan yang nak serupa dengan aksara Pyu, dan lain-lain manik bersama dengan delima dan batu jed. Ditemui juga pembentuk perak yang diperbuat daripada perak dan emas dengan hiasan bungaan terukir, lilitan emas pada mangkuk perak yang bertulisan bahasa Pyu dan tajau pengebumian yang serupa seperti di negara kota Wisnu dalam negara kota Binnaka.

Kedua-dua negara kota Maingmaw dan Binnaka ini kemungkinannya kota kontemporari dengan kota Wisnu. Babad-babad yang tak menyebut langsung tentang negara kota Wisnu ada menyebut tentang dua negara kota berikutnya walaupun tak menyebut dengan terperinci mengenai kota-kota orang Pyu. Babad menyebut bahawa pemerintah di Binnaka bertanggungjawab terhadap kejatuhan kota Tagaung, kota yang dikenalpasti dalam babad sebagai kota awal orang Burma berpendudukan di situ. Kota Binnaka dihuni sampai satawarsa ke-19 dan tercatat dalam sittan atau rekod daun lontar semasa samaya pemerintahan wangsa Konbaung yang ditemui di situ. 

Negara Kota Halingyi

Ia terletak di lembah Mu, merupakan salah satu rantau disaliri air di Myanmar sebelum samaya penjajahan British. Ia juga merupakan kota orang Pyu di perbatasan utara yang sejauh ini dapat dikesan. Artifak purwa di kota ini antaranya adalah gerbang-gerbang kayu dengan pemeriksaan radio-karbon sekitar 70 M. KOta ini bentuknya segi empat dengan sudut-sudut berlengkung serta kubu dari batu-bata.

Dinding-dinding yang dicarigali sekitar 3.2 km panjang di paksi utara-selatan dan 1.6 km di timur-barat. Di 664 hektar tanah itu, kota itu hampir dua kali ganda besarnya daripada kota Wisnu. Ada empat gerbang utama di titik-titik berbilangan dengan semuanya ada 12 gerbang, berdasarkan kepada zodiak 12 binatang menurut orang samaya purwa. Sebatang sungai atau terusan menyaliri kota itu. Kesan-kesan parit besar pun ada di semua bahagian kecuali di sebelah selatan kerana mungkin di situ tak diperlukan dan tanah diempangkan supaya menakung tadahan air.

Bentuk kota ini sebenarnya mempengaruhi perancangan bandar di kota-kota orang Burma terkemudian dan juga kota orang Siam seperti negara kota Sukhothai. Sebagai contoh, beberapa gerbang dan juga jalinannya juga ditemui di ibu kota orang Burma seperti di empayar Pagan pada satawarsa ke-11 M dan di Mandalay pada 19 M. Jalinan pembentukan kota ini juga ada dalam kota-kota purwa semasa dengannya seperti kota Maingmaw dan kota Wisnu dalam negeri-negeri orang Pyu dan juga di Danyawaddy dan Wesali di sebelah rantau Arakan. Begitu juga dalam negara kota Sukhothai di Siam kemudiannya.

Tinggalan berstruktur cetiya dan biara di Halingyi juga turut kelihatan dalam pengaruh binaan biara di empayar Pagan pada satawarsa ke-11 dan ke-13 M. Artifak yang digali itu menunjukkan bentuk aksara Pyu yang diguna di negara kota ini merupakan rupakara tulisan terawal dalam rantau Pyu dan juga Myanmar. Ia berdasarkan kepada aksara Brahmi dari empayar Maurya dan empayar Gupta. Prasasti di kota Sri Ksetram menunjukkan bentuk aksara terbaru dari aksara yang lama itu. 

Sri Ksetram kemudian menandingi negara kota ini lalu menjadi negara kota pertama dalam negara Pyu pada satawarsa ke-7 M. Dari catitan orang Cina, Halingi masih kekal sebagai pusat dalam negara orang Pyu sampai satawarsa ke-9 M. Lepas itu, rantau Pyu dilanda serangan kerajaan Nanchao dari selatan China. Catitan orang Cina mencatatkan bahawa kota ini dimusnahkan oleh pahlawan Nanchao pada 832 M, dengan 3000 penduduknya diculik. Tapi pemeriksaan radiokarbon mengesan kegiatan manusia di situ masih berlaku kira-kira pada 870 M, dekat-dekat empat dekad kejadian negara kota ini dipukul oleh kerajaan Nanchao.   

Sri Ksetram

Terletak 8 km ke selatan Prome (Pyay) di kampung Hmawza. Ia merupakan ibu kota negara Pyu yang terakhir dan paling selatan sekali. Kota ini dibangunkan sekitar kurun ke-5 dan ke-7 M. Keadaannya sebagai ibu kota utama kemudian berubah selepas ketibaan orang Myanmar dari kerajaan Nanchao. Negara kota ini mempunyai dua atau mungkin tiga wangsa pemerintah. Yang pertama adalah wangsa Wikrama yang dipercayai melancarkan penanggalan awal Pyu dan seterusnya terpakai juga dalam penanggalan Burma atau Myanmar pada 22 Mac 638. Wangsa kedua pula adalah wangsa Sri Duttabung yang bermula pada 25 Mac 739 M (wulan mengambang ka ekadasi Tagu 101 MS).

Sri Ksetram merupakan tapak kota Pyu yang terbesar ditemui setakat ini. Hanya kota Wisnu dan kota Sri Ksetram sahaja yang banyak digali pun sebenarnya. Lain-lain kota tak mengeluarkan banyak artifak seperti kedua-dua kota purwa ini. Ia meliputi kawasan yang turut merangkumi empayar Pagan yang muncul kemudiannya pada kurun ke-11 M atau kawasan Mandalay pada kurun ke-19 M. Bentuk bandarnya bulatan dengan ukur lilit 13 km dan tiga ke empat km melintasi lebarnya atau kawasan tercakup 1400 hektar. Dinding batu bata kota ini berketinggian 4.5 m dan ada 12 gerbang dengan dewata besar gadang melindungi gerbang itu dan setiap cetiya ada empat sudut. Ia juga ada pintu masuk melengkung, seperti yang ada di Halingyi dan Wisnu.

Di tengah kota kebanyakan sarjana pikir bahawa ia mewakili tapak kepada istana, 518 m dengan 343 m, melambangkan mandalam dan juga satra kota seperti di Maingmaw. Hanya separuh bahagian selatan kota diambil sebagai kawasan istana, perumahan dan biara manakala bahagian utara seluruhnya mengandungi sawah padi. Bersama dengan parit besar dan dinding-dinding, susunan ini memastikan kota selamat daripada ancaman seteru yang menyerang dalam jangkamasa lama.

Sri Ksetram ini merupakan pusat entreport terpenting antara India dan China. Ia terletak di dataran Irrawaddy tak jauh dari lautan dan ketika itu delta Irrawaddy masih belum terbentuk. Kapal-kapal dari laut Andaman dan lautan Hindi akan singgah di Prome bagi perdagangan dengan negara Pyu dan empayar China. Perdagangan dengan orang Hindu dari India membawa perhubungan kebudayaan mendalam. Sri Ksetram mempunyai banyak tinggalan ajaran Buddha aliran Therawada. Bentuk kesenian agama menggambarkan bahawa terdapat beberapa gelombang pengaruh dari Tenggara India dan kemudiannya dari Barat Daya India yang mempengaruhi penduduk negara kota Pyu sekelian. Pada kurun ke-9 M pula, datang pengaruh dari kerajaan Nanchao.

Catitan orang Cina menulis tentang keadaan di rantau Pyu ketika tinggal di kota Sri Ksetram. Seorang pengembara Cina yang berdharmayatram dikenali sebagai Hsuantsang pada 648 bersama dengan Iching pada 675 M melaporkan bahawa negara kota orang Pyu ini merupakan antara kerajaan Hindu yang menganut ajaran Buddha di Asia Tenggara. Catitan babad empayar Tang menyebut ketibaan rajaduta dari ibu kota negara Pyu tiba di China pada 801. 

Penempatan Kecil

Banyak penempatan kecil bangsa Pyu ini ditemui di seluruh Myanmar Atas. Termasuklah dii Wati (kawasan perbandaran di timur kota Maingmaw), Ayadawkye Yuwa di lembah Mu, barat Halingyi dan selatan pula ditemui tapak samaya gangsa dipanggil Nyaunggan serta beberapa pekan di Myinmu, yang mengawal mulut sungai Mu. Tapak lain yang walaupun kecil tapi tak kurang pentingnya adalah Tagaung di Myanmar sebelah utara, 200 km ke utara Mandalay. Di situ ditemui tajau pengembumian. Kepentingannya dalam babad Burma, disebut bahawa ia merupakan kerajaan Burma pertama.

Tuesday, July 23, 2013

Budaya Hindu: Narumugaye

Om Swastiastu.... Wanaggam!


 

Lagu disampaikan oleh Jaya Seri dan Wunni Kresna... Judulnya Narumugaye dalam bahasa Tamil Murni dengan kebanyakan katanya dikutip dari sastera samaya Çangam. Karya yang diceduk itu dari pustaka kedua dari pustaka raya Yettuthogai, dikenali sebagai Kurunthogai. Ia dikarang oleh ramai pengarang, dan ada catitan mengenainya diperbuat pada satawarsa ke-6 M oleh sarjana bernama Nacinargiyar.

Budaya Hindu: Margazhi Thingal

Om Swastiastu!..... Namoskar!

 

Lagu ini dari wayang berbahasa Tamil judulnya Cangamam... Judul lagu adalah Margazhi Thingal Allawa dalam bentuk kekawin bahasa Tamil... Lagu ini lebih kepada menceterakan rasa seorang gadis yang mencintai kekasihnya sehingga tak mampu hidup tanpanya. Si gadis hanya ingin berada di pangkuan Nya. Lagu ini menjadi cerminan kepada cinta kasih manusia kepada Sang Kanna (Betara Wisnu)...

Kencana Bumi: Kerajaan Orang Mon

Swasti Srih!


Sebelum ini, sudah dibicarakan sedikit sebanyak mengenai kerajaan-kerajaan yang berkaitan dengan kerajaan orang-orang ini dalam rantau benua Siam. Maka, kini kita berbicara pula tentang mereka di jajahan Myanmar. 

Kerajaan-kerajaan orang Mon ini merupakan tapak politik bagi orang-orang benua yang berbahasa dengan bahasa Mon. Mereka ini memerintah sebahagian besar Myanmar yang kita lihat pada hari ini dalam kebanyakan satawarsa sampai ke satawarsa ke-12 M. Kerajaan dan negara-negara kota ini semua mempunyai tatasusunan masa pula dari Kerajaan Thathon (s. ke-9 sehingga 1057), Kerajaan Hamsawati (1287-1539) serta Kerajaan Hamsawati Baru (1740-1757).

Negara Kota Pertama

Rekod terawal kerajaan orang-orang ini dikaitkan dengan orang Mon di negara Dwarawati yang berada dalam Siam yang kemudian. Ia terusan makmur sampai 1000 M sebelum ibu kota di dalam benua Siam kemudian dihancurkan oleh anacakra orang Kemboja. Sebahagian penduduk terpaksa melarikan diri ke barat benua yang kini berada dalam jajahan Myanmar Bawah seterusnya membangunkan pula kerajaan baru di situ.

Kerajaan Thathon


Kesarjanaan arus perdana menyebut bahawa suku bangsa Mon ini mendirikan negeri-negeri di Myanmar Bawah. Kedua-dua kota Thathon dan Pegu dipercayai dibangunkan semasa satwarsa ke-9 M. Negeri-negeri ini menjadi pusat perdagangan penting antara Laut Hindi dan juga Tanah Besar Asia Tenggara. Menurut kepada pembinaan semula itihasa tradisional, negeri-negeri orang Mon ini kemudian ditundukkan oleh kerajaan Pagan dari utara pada 1057. Kesusasteraan negeri Thathon dan juga tradisi keagamaannya itu turut mempengaruhi acuan kebudayaan kerajaan Pagan.

Sekitar 1050 dan 1085, karyawan bangsa Mon banyak membantu dalam pembangunan dua cetiya agung di negeri Pagan. Cetiya-cetiya itu kini menjadi saingan pula kepada keagungan Angkor Wat di Kemboja sana. Aksara tulisan bahasa Mon yang berdasarkan aksara Pallawa turut menjadi sumber kepada aksara penulisan bahasa Burma dengan rekod awal dari tahun 1058 iaitu selepas setahun negeri Thathon ditawan oleh penjajah Burma.

Namun, kajian baru yang masih belum terkenal ada juga mendakwa bahawa pengaruh orang Mon ke atas negeri Pagan selepas penaklukan Raja Anuradha cuma lah cetera-cetera yang digembar-gemburkan sahaja selepas itu. Pada sebenarnyaa juga, Myanmar Bawah kurang kemerdekaan bernegeri itu pun adalah disebabkan oleh perluasan kuasa kerajaan Pagan. Kemungkinannya juga, samaya itu terjadi delta yang menyebabkan sungai berkeladak dan ia terjadi sepanjang tiga batu di pantai dan merebak sampai ke dalam kawasan perhuluan. Keadaan ini terjadi kerana penempatan manusia yang sesak ketika itu. 

Bagi rekod terbitan tulisan Burma itu, yang awal sekali adalah dari tahun 1035, dan ada lagi yang lebih awal iaitu pada 984 M. Kajian terbaru mendakwa bahawa aksara yang terpakai dalam bahasa Burma kini bukan askara bahasa Mon sebaliknya aksara bahasa Pyu.

Walaupun ukuran dan kepentingan negeri-negeri ini masih dalam perdebatan, semua sarjana menerima bahawa pada satawarsa ke-11 M itu kerajaan Pagan sudah berkuasa di Myanmar Bawah. Penaklukan ini membawa kepada pertukaran kebudayaan, jika bukan dengan bangsa Mon yang merupakan penduduk tempatan di situ pun pastinya dengan orang Hindu dan juga dengan orang Langka Dwipa yang menyebarkan ajaran Buddha aliran Therawada. Dari sudut pandangan geopolitik pula, penaklukan Anuradha ke atas negeri Thathon itu menghalang kemaraan orang Kemboja masuk ke pantai Tanah Seri (Tenasserim).

Kerajaan Hamsawati

Peta pada satawarsa ke-14

Pada 1287, empayar Pagan mula menghadapi kejatuhan berikutan kekacauan yang disebabkan oleh orang Mongol dari rantau China. Negeri-negeri yang dijajah oleh kerajaan Pagan mula memberontak dan membebaskan diri. Di sebelah Myanmar Bawah kini, panglima Wareru menerbitkan kerajaan yang dihuni oleh kebanyakan orang berbahasa Mon dengan nama kerajaan Ramannadesa atau negeri Raman. Panglima Wareru sendiri bukanlah berbangsa Mon sebaliknya berbangsa Shan (Tai-Kadai). Kerajaan ini mengabungkan semua tiga rantau berbahasa Mon di Myanmar Bawah iaitu negeri Martaban (Mortama), Pegu (Bagu) dan juga delta Irrawaddy.

Ibu kota pertama kerajaan ini terletak di Martaban tetapi kemudian ia berpindah ke Pegu pada 1369. Untuk 100 tahun awalan, kerajaan ini cuma merupakan bentuk kumpulan rantau yang berbahasa Mon dengan pemerintahan kerjasama sahaja. Raja-raja tinggi di ibu kota mempunyai sedikit kuasa yang membolehkannya mengawal negeri-negeri kecil lain. Dari 1363-1389 pun selalu sahaja ibu kota Martaban menghadapi pemberontakan dan kekacauan. Kemudian muncul seorang raja, iaitu raja Razadarit yang berjaya menyatukan kembali rantau berbahasa Mon yang tiga itu selain menghalang negeri berbahasa Burma sebelah utaranya, kerajaan Awa daripada menang dalam Perang 40 Tahun (1385-1424). 

Kesan peperangan itu amatlah buruk, tapi kerajaan Hamsawati menang apabila kerajaan Awa berputus asa hendak mengembalikan kegemilangan empayar Pagan mereka. Dalam tahun-tahun berikutnya pula, negeri Pegu membantu negeri-negeri jajahan di selatan negara Awa seperti negeri Prome dan negeri Taung U dalam pemberontakan tetapi menjalankan perancangan secara teliti jangan sampai terlibat dalam perang besar. 

Selepa perang, kerajaan Hamsawati memasuki era keemasannya apabila kerajaan Awa yang menjadi saingannya mula jatuh. Dari 1420-1530-an, kerajaan Hamsawati menjadi kerajaan yang mewah dan berkuasa sekali dalam semua kerajaan-kerajaan negeri selepas kejatuhan empayar Pagan. Dengan pemerintahan raja-raja yang berkebolehan seperti raja Binnya Ran I, Shin Saw Bu, Dharmmaseti dan Binnya Ran II maka kerajaan ini menikmati ayukencana serta mendapat keuntungan laba dari perdagangan asing. Pedagangnya berdagang dengan pedagang dari seluruh pelosok Lautan Hindi, memenuhkan cerpu dan kantung raja mereka dengan cukai dari emas dan perak, sutera, rempah ratus serta segala barangan yang terkenal ketika itu. Kerajaan Hamsawati menjadi pusat pengajian ajaran Buddha aliran Therawada terkenal. Ia menjalinkan hubungan erat dengan Langka Dwipa dan menggalakkan pembaharuan yang kemudiannya tersebar ke seluruh pelosok negerinya.

Kerajaan ini kemudian jatuh jua selepas diperintah raja Takayutapi yang tak berpengalaman. Kerajaan Hamsawati ditawan oleh kerajaan negeri yang lebih kecil dari utara iaitu kerajaan Taung U pada 1539. Kerajaan Taung U diperintah oleh raja Tabin Shweti dan amangkubuminya, panglima Burennaung. Negeri Taung U menjajah delta Irrawaddy dan negeri Pegu pada 1538-1539. Kemudian mereka mara ke Martaban pada 1541. Kerajaan Hamsawati dihidupkan semula selepas raja Tabin Shweti mangkat. Namun, pemberontakan orang-orang Hamsawati dapat dipadamkan segera oleh panglima Burennaung yang kemudian naik menjadi raja pada 1552.

Kerajaan Hamsawati Baru


Walaupun negeri-negeri berbahasa Mon di sebelah Myanmar Bawah diperintah oleh raja-raja negeri Taung U sampai satawarsa ke-18 M, ayukencana nya itu masihlah dikenang oleh penduduk suku bangsa Mon sekelian. Pada 1740, mereka memberontak lagi apabila wangsa Taung U menjadi lemah. Akhirnya berjaya jua mereka menghidupkan kembali kerajaan Hamsawati.

Mereka dibantu oleh kuasa imperial Perancis dari segi peralatan dan sokongan. Sebaik sahaja mendapat ruang di sebelah Myanmar Bawaha maka mereka segera naik ke utara. Pada 23 Mac 1752, mereka menakluki negeri orang Burma di Awa lalu menghentam terus sampai jatuh wangsa Taung U yang berusia 266 tahun itu.

Selepas jatuh wangsa Taung U, bangkit pula wangsa baru iaitu wangsa Konbaung yang diperintah oleh raja Alaungpaya di Myanmar Atas. Mereka di utara cuba mencabar kuasa-kuasa negeri selatan dan mereka menundukkan seluruh kawasan Myanmar Atas menjelang 1754. Selepas kegagalan kedua orang Myanmar Atas (Burma) mengalahkan kerajaan Hamsawati Baru pada Mei 1754, seluruh anggota kerabat diraja wangsa Taung U dan semua suku bangsa Burma di negeri selatan ditangkap dan dibunuh. Keadaan ini sebenarnya membakar semangat raja Alaungpaya.

Pada 1755, raja Alaungpaya menakluki Myanmar Bawah. Tentera wangsa Konbaung menakluki delta Irrawaddy pada Mei 1755. Pada Julai 1756, Perancis mempertahan pelabuhan Thanleyin. Kemudian ibu kota Pegu pula menerima ancaman pada Mei 1757. Kejatuhan kerajaan Hamsawati Baru itu menjadi titik penghujung bagi penguasaan suku bangsa Mon yang lama menguasai rantau Myanmar Bawah. 

Tentera wangsa Konbaung yang mengamuk menyebabkan penduduk berbahasa Mon melarikan diri ke benua Siam. Antara orang Mon yang lari ke benua Siam dari negeri Martaban adalah keluarga datuk sebelah bonda kepada perdana menteri pertama negara Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman. Ibunda baginda adalah puteri kepada kerabat diraja Martaban yang dipelihara dalam istana Siam kerana hubungan kebangsaan antara istana Siam wangsa Chakri (1782) dengan orang Mon sebelah Myanmar. Menjelang awal satawarsa ke-19 M, asimilasi, perkahwinan campur dan juga perpindahan besar-besaran keluarga suku bangsa Burma dari utara ke selatan telah mengurangkan kependudukan suku bangsa Mon yang selanjutnya menjadi suku bangsa minoriti sahaja.  

* Tunku Abdul Rahman adalah anakanda bongsu kepada Sultan negeri Kedah Darul Aman yang sebelum tahun 1948 merupakan negeri Melayu Siam yang dilindungi oleh empayar British Raya. Ibunda baginda berbangsa Mon dari terbitan pelarian kerabat diraja negeri Martaban di Myanmar Bawah.

Sunday, July 21, 2013

Guru Wiyasa Purnima

Om Swastiastu!


Hari bulan purnama dalam bulan Ashad (Julai-Ogos) merupakan hari suci bertuah bagi Sri Guru Purnima. Tahun ini, ia jatuh pada Wara Chandra tanggal 22 Julai 2013. Pada hari ini, peringatan suci mengenai Maharesi Weda Wiyasa dijalankan dengan para Sannnyasa bertempat tinggal di beberapa tempat untuk belajar dan berbincang tentang Brahma Sutram yang tiga kali direstui dan dikarang oleh Begawan Maharesi Weda Wiyasa. Mereka juga melibatkan diri dalam pembacaan Wedanta dan penyelidikan dresti.

Maharesi Weda Wiyasa telah menjalankan sewah yang tak terhingga nilainya kepada kemanusiaan pada sepanjang yugam apabila beliau menyunting Caturweda, mencatit 18 puranam, Mahabharata dan Srimad Begawadgitam. Tak terbalas oleh kita akan jasanya itu melainkan dengan kita berhutang budi kepadanya, mempelajari segala karyanya dan mengamalkan segala ajaran catitannya selain menurunkan pula kepada turunan masa depan dalam Yugam Besi ini.

Satu cara menghormati beliau, diadakanlah Wiyasa Puja pada hari ini. Pelajar-pelajar akan memuja pemandu kerohanian mereka. Orang suci, pedanda dan orang-orang yang berkebaktian kepada Sang Hiyang dihormati dan dihiburkan menerusi amalan-amalan kebajikan tuan-tuan rumah yang ikhlas hati.

Gururbrahma gururwisnuh gururdewa maheswarah... Guru saksyat parabrahma tasmai sriguruwe namahah!

Masa Caturmasa atau empat bulan bermula dari hari ini. Sannyasa atau ajar-ajar sekelian akan tinggal di satu tempat semasa musim hujan empat bulan ini, belajar Brahma Sutram dan mengamalkan tapa semadhi. Makanan mereka cumalah susu dan buahan serta dibaca selalu japa mantram dan tapa. Belajar Brahma Sutram dan Guru Japa Mantram selepas perayaan Guru Purnima ini. Jika tuan budiman pun melaksanakannya seadanya turutlah akan menerima kebaikannya.

Sruti menyebut, "Bagi jiwa yang tinggi citanya, yang besar baktinya pada Sang Hiyang dan kebaktian pada gurunya itu mendalam bagaikan baktinya kepada Sang Hiyang maka rahasia yang tersirat di sini pasti bersinar gemilang pada pandangannya".

Guru itu Brahman, Yang Mutlak dan Dia lah sendiri. Dia lah yang memandu dan memberi wangsit kepada mu dalam kedalaman diri mu itu. Dia di mana-mana sahaja. Biar ada di dalam pandangan mu itu sudut pandangan baru. Perhatilah seluruh jagat raya ini sebagai rupa Sang Guru. Lihatlah tangan yang memandu jalan, suara yang menyedarkan, sentuhan Sang Guru yang mencerahkan dalam segala benda dalam ciptaan yang ini. Seluruh lokamaya ini akan berubah sebelum engkau menukar pandanganmu. Lokamaya sebagai Guru akan mendedahkan segala rahasia berharga kehidupan ini kepadamu, dan mengaruniai mu dengan hikmat kewicaksanaan atas mu. Guru Agung, sebagai yang terjelma dalam alam semulajadi yang tampak di matamu, akan mengajarkan mu pelajaran berharga dalam hidup. Pujalah Guru kepada Guru itu dalam pujai harian mu. Dia lah Guru yang mengajarkan Sang Awadhuta Dattatreyam.

Sang Dattatreyam dianggaplan sebagai Guru kepada Guru, pun masih menganggap Jelmaan Jagat sebagai Guru Nya dan mempelajari pelbagai pelajaran patham daripada 24 ciptaan-Nya dan dia dikatakan mempunyai 24 guru lah semuanya.

Ingatilah dan pujalah Guru Sri Wiyasa dan para guru semuanya yang kukuh berdiri dalam pengetahuan Jiwa Agung. Moga restu mereka sampai kepada mu! Moga kamu terputus dari kejahilan dan bersinar sebagai resi-resi yang mendapat ketenangan, kesukaan dan cahaya di mana pun!

Guru meri puja, guru gowindah guru mera para brahma guru bhagawan!

Lepas mandi merendam dirimu dalam air, maka pujalah padmapadam Guru mu, atau rupa Nya atau gambar Nya dengan bungaan, buahan, colok wangian dan kapur barus. Puasalah atau minum hanya susu dan buah-buahan seluruh hari. Pada rembang tengah hari, duduk bersama dengan anak bakti Guru yang lain dan berbincanglah dengan mereka tentang kegemilangan dan ajaran Guru mu!

Bolehlah juga kamu menjalankan wratam berdiam diri dan membaca pustaka-pustaka ikat atau tulisan Guru mu atau secara mental cuba menyemak ajaran para Guru. Ambil kesempatan pada hari suci ini untuk mencapai jalan kerohanian menurut jalan Guru mu. Pada malam hari, berkumpullah bersama anak bakti lain, bacalah puja nama Guru mu contohnya jika Guru mu itu Sang Sambu maka bacalah nama Nya... Om Nama Siwaya.... Pottrii... Pottri... 

Bentuk puja terbaik sekali dan kebaktian tertinggi pada Guru mu itu adalah mengamalkan ajaran Nya. Cuba menyerlahkannya dalam segenap jalan kehidupan mu dan menyebarkan kegemilangan pesanan titipannya itu ke serata lokamaya.

Gita Bakti: Sri Siwa Sailam

Om Swastiastu!

 

Ini jenis kirtham dalam bahasa Melayalam dari negara Kerala dalam India... Lagu ini dari wayang kebaktian berjudul Kalacakram. Penyanyinya adalah Kresna Kumara.

Saturday, July 20, 2013

Kencana Bumi: Negara Orang Pyu

Swasti Sri!


Negara-negara kota Pyu ini merupakan rentetan negara kota purwa yang sudah ada sejak satawarsa ke-2 SM lalu bertahan sama pertengahan satawarsa ke-11 M di Myanmar Atas. Negara kota ini semua dibangunkan selepas pergerakan ke selatan suku kaum Pyu yang berbahasa Tibeto-Burma. Setakat ini mereka merupakan penduduk terawal di sebelah rantau ini yang mempunyai rekod yang agak banyak. Tempoh 1000 tahun selalunya dirujuk sebagai Milenia Pyu yang dihubungkan dengan Samaya Gangsa sampai ke permulaan negara-negara klasik apabila Kerajaan Bagan muncul pada lewat satawarsa ke-19.

Negara kota ini mempunya kota-kota sebanyak lima buah dan semuanya bertembok. Pekan-pekan kecil lain ada ditemui dari pengkajian sejarah dan semuanya terletak di rantau pengairan utama rantau Myanmar Atas seperti di lembah Mu, lembangan Chauk Se dan rantau Min Bu dalam lingkungan aliran sungai Irrawaddy dan Chin Duin. Sebagai sebahagian daripada jalan perdagangan darat antara India dan China, kawasan penempatan bangsa Pyu sedikit demi sedikit mengunjur ke selatan.  

Ha Lin dibangunkan pada satawarsa pertama masehi di hujung sempadan Myanmar Atas. Ia merupakan kota terpenting dan terbesar sehinggalah sampai satawarsa ke-7 dan ke-8 M apabila ia disaingi oleh kota Sri Ksetram yang dekat dengan Piyay di samaya moden ini. Sri Ksetram ini dua kali lebih besar daripada Ha Lin dan menjadi pusat berpengaruh dan terbesar pula kemudiannya dalam kalangan orang Pyu.

Kebudayaan orang Pyu ini sangat dipengaruhi oleh perdagangan dengan benua India. Mereka turut menerima ajaran Buddha di samping dengan konsep rekabentuk bangunan serta konsep politik. Kemudian unsur-unsur budaya ini yang meresap masuk dalam pertubuhan politik dan juga kebudayaan Burma yang terkemudian. Penanggalan Pyu pula menurut kepada cara pengiraan berdasarkan tahun Sakawarsa dan kemudian diterima pakai juga oleh orang Burma terkemudian. Kesarjanaan terbaru ini walaupun masih belum diselesaikan teorinya mencadangkan bahasa aksara bahasa Pyu dikatakan berasal dari aksara Brahmi dan mungkin juga menjadi punca kepada perkembangan aksara Burma.

Ketamadunan berjuta tahun ini kemudian dihancurkan pada satawarsa ke-9 M apabila negara-negara kota Pyu dimusnahkan dalam penaklukan berulang dari kerajaan Nanchao dari selatan China. Orang Burma atau orang Mranma kemudian turun bersama dengan bala tentera Nanchao lalu membuat pekan sempadan di Bagan dalam lingkungan sungai Chin Duin dan Irrawaddy. Penempatan suku bangsa Pyu ini tetap kekal di Myanmar Atas tetapi untuk tiga satawarsa kemudiannya, mereka mula diserap ke dalam empayar Bagan yang diperintah orang Burma. Bahasa Pyu masih wujud sampai lewat satawarsa ke-12 M. Menjelang satawarsa ke-13, orang Pyu beramai-ramai mengambil jati Burma sebagai pengenalan suku bangsa mereka. Kimwadanti suku bangsa Pyu turut diserap masuk menjadi kimwadanti hak milik orang Burma.

Gita Bakti: Nanda Nandanam

Hari Om!

video 

Persembahkan Sri Kresna Wandanam bagi tabik kepada Sri Guru Wayorappa... Begawan Kresna serta Betara Wisnu Narayana.... Om Namo Narayanna...

Kencana Bumi: Tapak Mranma

Om Swastiastu


Jarang kita ketahui tentang Mranma atau Myanmar. Yang diketahui oleh kita bahawa Myanmar ini merupakan satu kesatuan negara-negara bangsa yang pernah dijajah atau dilindungi oleh empayar British. Suatu ketikanya ia pernah diletakkan oleh British dalam pemantauan pentadbiran di India. Tahukah anda bahawa mereka ini mempunyai perkaitan yang agak rapat juga dengan orang-orang di Semenanjung Tanah Melayu selain daripada orang-orang di sebelah Kemboja dan juga Thailand?

Bukti carigali awal menunjukkan bahawa wujud pelbagai jenis kebudayaan di Kencana Bumi sebelah Myanmar ini dan ia sudah bermula sejak satawarsa ke-11 SM. Kebanyakan kawasan kering di tengah didapati pernah dihuni oleh manusia dan ia bertaburan sekitar kawasan lembangan Irrawaddy. Kebudayaan samaya batu di Myanmar dikatakan selari dengan samaya Paleolitik rendahan dan tengahan di Eropah sana. Samaya Neolitik atau Samaya Batu Baru didapatilah bahawa tumbuhan dan binatang dimasak dan disediakan menggunakan peralatan batu yang diasah baik. Buktinya ada dalam gua-gua di Taung Gyi di sebelah hujung lembangan Shan dari satawarsa 10000 sampai 6000 SM.

Kira-kira dalam satawarsa 1500 SM, orang ramai di rantau itu mula berubah pula kepada peralatan tembaga dan seterusnya ke gangsa. Mereka menanam padi, membela ayam dan juga sungkur atau babi. Manusia di sini merupakan antara jenis manusia pertama dalam loka yang berbuat begini. Menjelang satawarsa 500 SM, muncul pula penempatan karya besi di sebelah selatan Mandalay hari ini. Keranda bertatahkan gangsa dan juga tapak pengebumian dipenuhi dengan tajau tempayan turut ditemui oleh para pencarigali sejarah. Bukti carigali di lembah Samon di selatan Mandalay mencadangkan bahawa penempatan yang menanam padi sudah menjalankan perdagangan dengan benua China antara satawarsa ke-5 sampai ke-2 SM.  

Pra-Sejarah

Diperkirakan bahawa Orang Semang atau Homo Erectus yang terbit dari rantau Afrika sudah pun berpenempatan di sekitar Myanmar moden ini sejak 750,000 tahun SM. Mereka melampaui kedatangan Manusia atau Homo Sapiens yang kemudiannya turut terbit di rantau Afrika sana. Setakat ini masih belum ditemui lagi bukti penempatan Homo Sapiens sebelum milenia ke-11. Pra-perpindahan yang terjadi di rantau ini terjadi antara 11,000 SM sampai 4000 SM sebelum perpindahan besar-besaran terjadi. Yugam ini ditandai dengan kebudayaan peralatan batu yang kemudian muncul maju sebagai kebudayaan besi dan gangsa.   

Rupakara upacara dalam gua kemudian terpakai jua dalam gua-gua penganut ajaran Buddha. Dipercayai tradisi ini sebenarnya berakar umbi dari tamadun awal dari yugam ini. Kesannya ada saja di merata-rata pada hari ini. Bukan saja di Myanmar sana, malahan sebelah Thailand dan di sebelah Malaysia pun ada gua yang dijadikan tapak pemujaan dan semadi.

Pembahagian Samaya dalam Tamadun Rantau Mranma

Mesolitik

Banyak jenis batu yang pelbagai ukuran dan diasah ditemui di sekitar negara Shan sebelah timur Kesatuan Myanmar hari ini. Peralatan dari batu kerikil, termasuklah peralatan cincang ditemui dalam teres-teres masukan era Plestocene di lembangan Irrawaddy di Myanmar Atas. Tapak-tapak ini dipanggil sebagai Anyathiyan dan kebudayaan di sini dipanggil sebagai kebudayaan Anyathiyan. Kebudayaan Anyathiyan awal dicirikan dengan penggunaan peralatan yang berhulukan kayu sisa fosil dan juga bahan sisa gunung berapi. Tabiat membela binatang ternakan dan juga batu berasah tak ditemui lagi sehinggalah penemuan gua-gua Padah Lin di selatan negara Shan yang menandakan permulaan kebudayaan Neolitik.

Neolitik

Tiga gua bertempat dekat dengan Taung Gyi di hujung lembah Shan menggambarkan permulaan samaya Neolitik apabila pertanian, ternakan binatang untuk makanan dan sebagainya serta peralatan batu berasah ditemui di sini. Semuanya dikesan dengan radiokarbon dari samaya 11,000 sampai 6,000 SM. Yang menonjol ditemui di gua Padah Lin. Sebanyak 1600 biji batu dan juga lukisan pada dinding gua ditemui. Lukisan ini setinggi 10-12 kaki dari lantai gua memberi gambaran dua tangan manusia warna kuning, seekor ikan, lembu, kerbau hutan, seekor pelanduk dan mungkin juga gajah India.

Lukisan pada gua menunjukkan bahawa gua tersebut mungkin terlibat dalam upacara agama. Jika benar, maka gua-gua ini mungkin merupakan antara tapak pemujaan terawal di sebelah Myanmar sana. Penggunaan gua untuk tujuan keagamaan berterusan sampai berkurun-kurun lamanya. Penganut ajaran Buddha Burma contohnya menggunakan gua sebagai tempat pemujaan dan amalan ini mungkin terbit sejak samaya sebelum kedatangan ajaran Buddha lagi.

Samaya Gangsa

Penemuan kapak-kapak gangsa di Nyaung Gan dekat dengan perbandaran Shwe Bo menunjukkan bahawa samaya gangsa di Myanmar bermula sekitar 1500 SM selari dengan tahap-tahap awal penghasilan barangan gangsa di rantau lain dalam Asia Tenggara. Samaya ini berjarak dari 1500-1000 SM. Ketika ini pengetahuan melebur dan juga mengukir gangsa serta bijih besi nampaknya merebak meluas sejak terjadinya pergerakan manusia keluar dan masuk pada samaya Neolitik.

Tapak lain pula di kawasan Taung Thaman dekat sungai Irrawaddy dalam tembok-tembok ibu negara satawarsa ke-18 M iaitu Sri Amarapuram. Ia pernah dihuni sejak samaya Neolitik lewat menerusi samaya besi, sekitar pertengahan milenia SM yang pertama. Perdagangan kecil-kecilan, tukar barangan dan juga animisme (tantrayana) pun bermula pada samaya ini. 

Samaya Besi

Samaya kebudayaan besi dan gangsa sebenarnya bertindan di rantau ini. Yugam yang ini menyaksikan pertumbuhan pertanian dan juga carigali sumber-sumber tembaga di bukit-bukit dalam negara Shan. Turut dicarigali juga adalah batu-batu separa berharga dan bahan-bahan bijih besi di lembangan Gunung Popah. Garam pula dicari dekat Ha Lin.

Kemewahan ini tampak ketara sekali pada barangan kuburan yang dibeli dari kerajaan-kerajaan kecil dalam benua China. Ciri menonjol orang-orang pada yugam yang ini adalah, mereka mengebumikan orang mati dalam tajau-tajau berhias serta bersama dengan barangan kegunaan rumah seperti mangkuk serta camca. Aku lihat tentang tamadun awal di Semenanjung Tanah Melayu pun begitu di sebelah Borneo pun begitu.

Friday, July 19, 2013

Gita Bakti: Bho Siwa Sambho

Om Swastiastu... Wanaggam!

 

Gita bakti ini dinyanyikan untuk Betara Siwa... Bho Sambho Siwa Sambho Swayambho... Hara Hara Sankara... Potrri.... Pottrriii.... Bahasa diperguna adalah bahasa Sanskerta langgam selatan India. Lontaran suara oleh Puan Nittiya Seri Mahadewan. Gita bakti karangan oleh Empu Seri Dayananda Saraswati....

Wednesday, July 17, 2013

Dharmayatram di Pura Seri Rameswara

Om Swastiastu!

 

Yang ini adalah cadangan bagi dharmayatram penganut Hindu kerana pura raya ini merupakan salah satu daripada paawitra catur dhama di benua Hindu. Video dimuat naik oleh tuan S. Rajamanickam. Pura ini dikenali sebagai Koil Seri Ramanathaswamy, Rameswara di negara Tamil.

Bagi seseorang menyelesaikan dharmayatramnya, maka perlulah dia melalui Rameswara ini. Seusai berdharmayatram di Waranasi, maka perlulah dia turun ke Rameswaram bagi menamatkan dharmayatram. Koil ini terletak di bhumipada Ramanathapuram di negara Tamil. Rameswaram sendiri mempunyai beberapa pura yang terkenal di serata India. Sebenarnya pura ini terletak di sebuah teluk dikenali sebagai Teluk Mannar sebelum ia disambungkan ke mendopo di Tanah Besar melalui jambatan Indira Gandhi yang disiapkan pada 1988. Rameswaram terletak di penghujung landasan kereta api laluan dari kota Chennai ke kota Madurai.

Menurut caritera, Seri Rama membina jambatan Rama Setu atau dipanggil juga Jambatan Adam di sini merentasi lautan ke Sri Lanka bagi menyelamatkan Sita Dewi dari istana Maharaja Rawana. Pura ini merupakan tapak suci yang ditandakan sendiri oleh baginda Seri Rama kerana baginda Seri Rama menjalankan upacara yagna mengucapkan terima kasih kepada Betara Siwa atas bantuan yang diberikan dalam usaha mengalahkan maharaja Rawana di sini. Jadi, tapak pura ini merupakan tapak suci bagi penganut agama Hindu dari kedua aliran iaitu Waisnawa dan juga Saiwa.  

Friday, July 12, 2013

Puri Ratha Yatram

Om Swastiastu!


Puri Ratha Yatram ini merupakan perayaan kehinduan yang dirayakan pada 10 Julai 2013 di kota Puri. Ia dirayakan  bukan sahaja di negara India tetapi juga di seluruh dunia yang terdapat penganut agama Hindu. Ratha Yatram ini merupakan hari yang mana penganut agama Hindu dilarang memasuki pura bagi darsana dewata. Ia merupakan perayaan yang menjadi lambang sama rata dan jalinan dalam masyarakat seluruhnya.

Dalam ceritera perayaan ini, Betara Jagannatha, kakandanya Betara Balabhadra dan adinda mereka Subhadra Dewi dipujalah dalam kawasan pura dan murti mereka diarak dengan rata di jalan raya di Puri di Kalinga. Dengan cara ini, orang ramai dalam sekelian bangsa berpeluanglah melihat murti dewata sekelian. Tridewata ini memulakan perjalanan tahunan ke Pura Gundicha yang letaknya 2 km dari Pura Sri Jagannatha. Pura Sri Jagannath merupakan salah satu daripada empat tapak suci di negara India yang kita sebut sebagai Catur Dhama bagi Dharma Yatram sekali seumur hidup. Lagi tiga lagi adalah Sri Rameswaram di Selatan, Dwarika di Barat dan Badrinatha di Utara.

Perayaan bermula dengan upacara bacaan mantera di pagi hari dan rata akan ditarik di jalanan di Puri pada rembang tengah hari. Tridewata dibawa dengan rata-rata yang berbeda. Rata Betara Jagannatha dinamakan Nandi Ghosa dengan 18 roda dan setinggi 45.6 kaki, rata Betara Balabhadra bernama Tala Dhwaja dengan 16 roda berketinggian 45 kaki dan rata bagi Subhadra Dewi pula bernama Dewa Dalana dengan 14 roda berketinggian 44.6 kaki. Setiap tahun, akan ada sanggar-sanggar diperbuat daripada kayu yang diletakkan di atas rata dan diperbuat baru setiap tahun. 

Murti dewata bertiga ini juga diperbuat daripada kayu dan akan ditukar dengan yang baru setiap 12 windu pusingan tahun sambil diiringi upacara keagamaan.

Mantra Brahma Puja

Om Swastiastu!


Om paramesaana naamasagaaram. Angkaaranissawaram bramharesarayam. Bhuupassa Wisnu waiyatha namo stuthi luk pamtarama. Ik yaanam yaak waiyalaa. Kamulam sataa nandara wimusatinam. Namste nama theraja akaaram. Tatowa ca etamathamayastarama. Katana ramala ca sarawa patitham. Sambho bhagalo thiwatiyam mathamya.

Om kara bindu natam upannam brohmasaha patinama atikappe su a kate pancapatunam tiswa namo buddhaya wandanam. Siddhi kiccam siddhi karmam siddhi kariya tadakato siddhi teco jayo niccam siddhi labho nrantaram sabbha karmam. Prasiddhime sabbasiddhi bhawantu.

Yuga Dharma

Om Swastiastu!


Yuga Dharma ini merupakan satu daripada pandangan Dharma yang dipahami oleh orang Hindu sekelian. Yuga Dharma merupakan ciri Dharma yang berlaku bagi sesuatu Yuga tertentu. Yang satu lagi, seperti sudah kita bicarakan dalam beberapa masukan adalah, Sanatana Dharma. Sanatana Dharma ini adalah ciri yang tak pernah berubah tak mengira dalam Yuga yang mana sekali pun. 

Untuk perkara yang ini, penganut agama seperti agama orang Arab itu, tidaklah paham. Kerana mereka terlampau menekankan kepada Yuga Dharma sahaja. Pengucapan mereka keliru kerana mereka tidak dapat menyebut perbedaan antara bentuk "agama" yang berlaku dalam Sepanjang Yuga atau Sepanjang Zaman dan Yuga Tertentu. Yang lain pula bagi penganut agama benua Hindu, keadaan menjadi keliru apabila keagamaan itu dipayungkan oleh sabdawali atau istilah yang merujuk kepada benua atau rantau.  

Catitan sastera suci agama orang Hindu terpecahlah kepada dua golongan. Yang pertamanya adalah bentuk Śruti contohnya seperti Caturweda. Caturweda ini cirinya adalah merentasi samaya dan terpakai serta laku dalam semua Yugam. Yang keduanya, Smĕrti yang menumpukan kepada ciri-ciri keagamaan yang lebih sempit kerana merujuk kepada keadaan pada samaya tertentu. Sanatana Dharma itu berdasarkan kepada sastera Śruti manakala Yuga Dharma itu pada Smĕrti.  

Setengah sarjana menggambarkan Sanatana Dharma sebagai sesuatu yang menyeluruh, tiada berubah dan senantiasa pada perjalanan segala Dharma. Yuga Dharma itu pula merupakan ciri rantingan Dharma yang akan senantiasa berubah pada samaya. Sarjana-sarjana ini membedakan Sanatana Dharma ini sebagai Dharma bagi Agama. Yuga Dharma pula merupakan Dharma dalam pergaulan ramai, perundangan, tingkah laku, budi pekerti dan seterusnya. 

Swami Wiwekananda menjelaskan beda antara kedua-duanya dengan perbedaan Sanatana Dharma itu sebagai, "Kita ketahui bahawa dalam sastera agama kita itu ada beda yang tersirat dalam dua bahagian kebenaran. Yang pertamanya itu tiada berubah-ubah, terpasak pada beberapa perkara seperti fitrah manusia, fitrah jiwa, hubungan jiwa itu dengan Tuhan, ciri-ciri yang menerangkan tentang Tuhan, kesempurnaan dan sebagainya. Ada juga pengetahuan yang tersembunyi kerana sebenarnya ia terlampau luaas seperti ketidakterbatasan ciptaan, widyam cakerawala atau lebih tepat lagi unjuran gerak putaran pada jagat raya serta seterusnya. Semua ini adalah dasar-dasar yang ditemukan dalam hukum fitrah alam".

Pada Yuga Dharma pula, "Bahagian yang ini terkandung padanya hukum-hukum kecil yang memandu kehidupan seharian manusia setiap hari nya. Yang ini terdapat dalam Purana dan Smĕrti tapi bukan pada Caturweda. Yuga Dharma tiada kaitana dengan dasar-dasar lain. Walaupun di benua Hindu sekalipun, perundangan rantingan yang ini senantiasa berubah pada samaya. Adat-istiadat bagi sesuatu samaya atau satu yugam boleh jadi tidak laku pada samaya lain. Datang yuga yang baru selepas yuga lama, maka berubah pula adat-istiadat itu".

Pendapat pada Yuga Dharmam

Yuga Dharma yang kini masihlah dalam perbincangan dan juga dalam perdebatan menurut tradisi sampradayam Hindu sekelian. Dalam sampradayam Gaudiya Waisnawa maka mereka percayalah bahawa amalan-amalan keagamaan itu berbentuk perhimpunan sambil menyanyikan bejanam, gitam dan juga mengulang-ulang japa mantram menyebut Hare Kresna Maha Mantram sebagai sesuatu yang bertepatan pada Yuga Dharmam. Perkara ini dirujuk pula kepada sastera mereka:

"16 Nama, 32 suku kata mantram ini adalah Maha Mantram dalam Kali Yugam yang dengannya segala yang bernyawa itu akan terselamat. Maka janganlah ditinggalkan membaca Maha Mantram yang ini". - Ananta Samhitam 

Bagi orang Hindu sampradayam Sri Waisnawa pula terdapatlah Prappati atau Saranagati menerusi upacara yang disebut sebagai Panca Sanskaram sebagai Yuga Dharma. Yang ini menurut pula kepada Caturweda. Upacara ini mengangkat seseorang itu ke dalam perlindungan dan limpah karunia Betara Wisnu Narayana. Pentinglah bagi sampradayam ini dengan merujuk kepada parampara Waidika dan rujukan sastera untuk membaca mantra lapan suku kata, dua perkataan Narayana dan juga Wisnu Sahasranama yang bermula pada ketika sebelum samaya lahirnya Empu Sri Ramanuja sehingga selepasnya pun. Yang lain pula dalam Sri Waisnawa dengan rujukan pada sastera itu adalah penyerahan diri serta kebaktian kepada Begawan Sri Wenkateswara atau Balaji. Menurut kepada ayat-ayat dalam Purana serta sastera lainnya, Begawan Sri Wenkateswara itu merupakan Swarupam bagi Betara Wisnu dalam Kali Yuga.


Penganut agama orang Hindu dari Gerakan Kesedaran Sri Kresna Antarabangsa pula berpendapat bahawa Yuga Dharma itu dengan membaca nama-nama suci Begawan Sri Kresna, membaca Hare Kresna Maha Mantram. Yang ini merupakan ajaran dari Empu Caitanya yang menyebut bahawa, "Hare namayewa kaiwalam. Tiada jalan lain, hanyalah Hari Nama yang mampu menyelamatkan engkau dalam Kali Yugam dan membawa kau pulang kepada Nya".

Thursday, July 11, 2013

Ungkapan Berguna Bahasa Sanskerta

Om Swasiastu!

Sawagatam Selamat Datang
Namaste, Namo Namah, Namaskarah Sembah
Kathamasti Bhawan (L), Kathamasti Bhawati (P) Apa khabar
Aham Kusali Aku baik
Cheranna Drĕstam Lama tidak ketemu
Tawa Nama Kim? Kamu punya nama apa?
Aham Rameswara Aku Rameswaran
Mama Nama Rameswara Nama aku Rameswaran
Bhawan Kutratyah (L) Kamu dari mana?
Bhawati Kutratya (P) Kamu dari mana?

Bhawata saha sanyogah santosakarah (L) Gembira bertemu kamu
Bhawatya saha sanyogah santosakarah (P) Gembira bertemu kamu

Subhaprabhatam Selamat pagi
Subharatri Selamat malam (sebelum tidur)
Punar Milah Jumpa lagi
Subhaste Panthah Santu - Semoga bertuah segala jalan yang kau tempuhi
Saubhagyam - Moga kau terima beribu-ribu tuah
Subhamastu - Semoga sihat
Sudinamastu - Semoga hari kau baik-baik saja
Bhojanam Swadistamastu - Nikmatilah makanan kau itu
Subhayatra - Moga bertuah perjalanan mu

Ada banyak lagi nanti kita berkongsi lagi... Selamat malam rakan-rakan Hindu sekelian...

Wednesday, July 10, 2013

Puja Ibunda Gangga

Om Swastiastu!



 

Yang ini dipanggil sebagai Gangga Arti... Upacara dijalankan di kota suci, Waranasi pekan Kasi. Arti ini adalah bentuk ungkapan cinta bakti kepada Sang Hiyang dengan mengadap kepada unsur-unsur suci contohnya seperti Mek Gangga atau Ibunda Gangga. Di Utara India, bentuknya dalam bejanam seperti yang didengari dalam video tersebut. Yang di India Selatan pula, dalam bentuk puja. Upacara ini datang dari punca Waidika atau turunan dari upacara Weda Suci. Untuk Puja Ibunda Gangga ini, ia dijalankan setiap petang di Sungai Gangga di Waranasi.

Lagu Wayang: Damarugam

Om Swastiatu!

 

Cuma lagu-lagu dari sebuah wayang berbahasa Telugu. Tak semua lagu dalam ini berbentuk stotram atau agama pun... Tapi bolehlah dengar semasa duduk bersenang-senang. Judul wayang ini adalah "Damarugam" atau "Tabuh Betara Siwa".

Sanatana Dharma: Jalan Semulajadi yang Nirandra

Om Swastiastu!


Sanatana Dharma: Jalan Semulajadi yang Nirandra

Bagi agama orang Hindu ini, disebutlah oleh orang-orang Hindu sebagai Sanatana Dharma. Untuk pembacaan tuan-tuan budiman yang berbahasa Inggeris, bolehlah disemak pustaka berjudul "Sanatana Dharma: The Eternal and Natural Way" cetusan pemikiran Acharya Seri Dharma Parwataka. Pustaka ini boleh menjadi panduan kepada loka Yoga, Wedanta, pertapaan dan juga agama kepercayaan orang Hindu itu sendiri. Ia merayakan segala tradisi yang ada dalam jalan kerohanian orang-orang benua Hindu sekelian. Dibekalkan juga oleh acharya kepada kita dengan pengenalan kepada dresti dan amalan-amalan yang diamalkan dalam jalan kerohanian purwa ini. Cara penerangannya lebih tersusun dan pendedahan drestinya pun menyeluruh tatkala menyentuh tradisi-tradisi kerohanian benua Hindu kita. Tak pasti jika di negara Indonesia mempunyai anuwada (terjemahan), tapi aku percaya mereka cepat sekali membuat anuwada bagi segala tradisi kehinduan berbanding dengan di sini yang terlalu bergantung dengan bahasa Inggeris. Di India pun sebenarnya begitu jua...

Pengertian Ringkas

Sanatana Dharma ini pada dasar sabdawalinya pun tiada cenderung kepada aliran-aliran atau pembahagian buah pikiran atau ideologi. Dua perkataan Sanatana Dharma itu pun terbitlah dari kata bahasa Sanskerta Purwa. Sanatana itu merupakan kata yang menunjukkan sesuatu yang anadi atau tiada permulaan dan anantha atau tiada penghujungnya atau yang nirandra

Dharma pula sungguh banyak abhidanam nya sehingga tidak mampu dianuwadakan ke bahasa lain. Sudahlah kita bicarakan bahawa kata Dharma ini terbitan dari kata dhri yang bererti memegang dan memelihara. Erti yang lebih kurangnya itu adalah "Undang-Undang Semulajadi" atau Niyama Waswawikata Lokam yang semulajadi bagi Jagat Raya. Makanya, sabdawali ini bolehlah dianuwadakan sebagai, "Jalan Purwa yang Semulajadi lagi Nirandra". Makanya ini lah agama orang Hindu sekelian. Tatkala dianuwadakan ke bahasa Melayu ini maka, Sanatana merujuk kepada nirandra, brahmasi, tiada mula tiada hujung, yang nilakada, sejagat, yang selamanya ada, tiada pernah terhapus, semulajadi serta tahan lama melalui samaya. Dharma ertinya anusarana, jalan, kebenaran, belas kesihan, jalan semulajadi, kebajikan, ajaran-ajaran, parampara, sampradayam, dresti, aturan, sejagat, aliran, agama, kebijaksanaan, menepati diwiyam, adarsa brahmandiyam, aturan paksi dan kejadian, adhikaram serta tugasan setiap kejadian.     

Rupakara Sanatana Dharma

Sanatana Dharma ini bukannya menunjukkan kepercayaan seperti Kristian atau Islam. Ia mewakili satu kod perundangan tindakan dan rupakara nilai yang dasarnya adalah kebebasan kerohanian. Sebarang jalan atau pandangan kerohanian yang menerima kebebasan jiwa atau rohani dari jalan-jalan lain pun diperkiralah sebagai Sanatana Dharma tapi bukan bahagian kehinduan kerana kehinduan itu terjadi bila berada dalam lingkungan Mahabharata.

Sedikit bahagian itihasa samaya pertengahan benua Hindu apabila Sikandar Lodi pemusnah wigraham yang merupakan seorang pemerintah wangsa Lodi di Delhi pernah membakar seorang sadhu bernama Sang Bodhana hanya kerana berkata bahawa agama orang Hindu dan agama Islam itu setaraf dan diterima sahaja oleh Sang Hiyang Maha Agung asalkan diikuti dengan hati yang ikhlas. Keadaan ini sebenarnya menunjukkan bahawa pemerintah beragama Arab yang berketurunan sebelah bapanya dari keturunan Afghanistan manakala ibunya Punjabi Hindu itu tidak memahami tuntunan agama yang dianutinya itu sendiri. Sebaliknya, sadhu Hindu yang dibakar hidup-hidup sampai mati itu yang menyebut semula perkara yang diterangkan dalam agama orang Arab itu yang berbunyi, "untuk kamu agama kamu dan untuk aku agama aku". Hanya sedikit kilasan pada ayat sahaja menjadikan penganut agama Arab itu yang bukannya berbangsa Arab menjadi dungu dan berhenti pikirannya. Kejadian ini sungguhlah pelik sekali memandangkan ia menjadi pemerintah atau raja pula bagi suatu wangsa. Bagaimana boleh seorang raja yang dungu memerintah lingkungan mandalamnya?

Utamanya, Sanatana Dharma ini adalah anadi iaitu tanpa permulaan dan juga apauruseya. Apauruseya itu ertinya, tiada pengasas dalam kalangan manusia pun. Ia dinirwacanakan melalui pencarian kebenaran brahmandiya atau menerusi renungan pada cakerawala. Tiada beda sangat pun dengan pencarian kebenaran yang menirwacanakan sains moden. Catitan awal tentangnya adalah Rigweda. Rigweda ini merupakan catitan perkara yang didengari oleh rei-reṣi purwa yang dalam pelbagai cara cuba mempelajari kebenaran tentang jagat raya atau alam semesta, dalam hubungan-hubungan antara kedudukan manusia dengan kramabhadda (susunan alam semesta). Mereka melihat kepada sifat-sifat atau ciri bagi segala hidupan dan kejadian dalam jagat raya sebagai sebahagian daripada persamaan sejagat yang tercetus dari Kesedaran Tertinggi.

Pencarian para reṣi ini tiada permulaan sejarahnya; tiada juga penemu sejarahnya. Kenyataan ini bukanlah menunjukkan bahawa Rigweda itu tak berada dalam bentuk karya kesusasteraan. Kenyataan ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh menunjukkan atau menyatakan masa tertentu atau orang tertentu dalam sejarah lalu berkata, "Sebelum terpacul perkara ini, segala yang tersebut dalam Rigweda itu tak pernah wujud". Pemahaman dalam kenyataan begini sebenarnya sama dengan pemahaman orang pada samaya moden ini kerana mereka menurut pula kepada logik orang Barat yang menyebut sesuatu itu hanya wujud selepas ia "dituliskan" dan "dibukukan".

Ciri Sanatana Dharma dalam Agama Orang Hindu
  • Lebih bertumpu kepada Sang Hiyang Widdhi berbanding dengan tumpuan lebih kepada reṣi atau nabi dalam bahasa Arab.
  • Lebih berdasarkan kepada pengalaman berbanding dengan percaya kepada kenyataan orang lain semata-mata.
  • Permulaannya melampaui sebarang tanggal dalam sejarah dan tak ditemui pun dalam sejarah.
  • Proses perkembangannnya datang dari biji yang bertunas dan dresti ini bolehlah dilihat dalam ceritera seperti Hiranyagarbha serta sebagainya.
  • Wujud dalam dan termasuk dalam segala jalan kehidupan.
  • Wujud di loka ini tetapi dalam masa yang sama lebih tinggi daripada loka maya.
  • Wujud dan mencakupi loka segala.
  • Wujud pada seluruh atau pada bahagian-bahagian jagat.
  • Mencintai segala dan tiada mengecualikan barang sesuatu kejadian pun. 
Mula Siddhanta Sanatana Dharma
 
Sanatana Dharma mengenalpasti bahawa bahagian terbesar dalam cita keagamaan manusia itu selalunya tidak diketahui, tiada nirwacanam bahkan melebihi sebarang kepercayaan yang diinstitusikan. Aliran jagat Dharma, tak mengira nama apa pun dipanggil baginya, sama ada Dharma atau dengan nama lain sebenarnya senantiasa wujud. Ia sudah wujud sebelum sebarang guru agung terjelma atau dilahirkan ke loka ini pun. Ia bukan lebih baik daripada yang lain atau menjadi jalan yang lain bagi yang lain sebaliknya ia berada dalam semua. 
 
Dari Dharma ini, terpacullah bumi kita dan kemanusiaan ini. Dharma bukan sahaja sebagai Dharma, tetapi senantiasa dan akan senantiasa begitu sahaja. Untuk hidup dalam penjajaran dengan jagat raya, dan untuk mengetahui tentang ciri-ciri sebenar Sanatana Dharma itu maka perlu seseorang itu mengenalpasti bahawa Sanatana Dharma itu adalah satu daripada jalan yang menerangkan tentang matlamat tertinggi dalam kehidupan sesuatu kejadian.

Sanatana Dharma menghormati pengalaman kerohanian perseorangan melebihi wada upacara rĕsmi. Di mana sahaja terjelmanya Kebenaran Sejagat maka di situ ada Sanatana Dharma. Sama ada ia dalam lapangan agama, kesenian, sains atau pun dalam kehidupan orang perseorangan atau masyarakat.  Apabila Kebenaran Sejagat itu tidak dikenalpasti di sebarang tempat pun tak mengira sama ada di benua Hindu atau di mana-mana, atau disempitkan kepada kumpulan tertentu, pustaka sastera, upacara tertentu sahaja atau orang perseorangan walaupun dengan nama Sang Hiyang Tertinggi, maka Sanatana Dharma itu akan berhenti perjalanannya. 

Sanatana Dharma itu mengandungi perundangan kejiwaan atau kerohanian yang mentadbir kewujudan manusia. Sanatana Dharma bagi kehidupan manusia itu samalah dengan undang-undang jagat raya yang berlaku pada fenomena fizikal bahan dalam jagat raya ini. Boleh juga dicontohkan dengan fenomena hukum graviti yang sudah pun wujud sebelum diketahui dalam bentuk ayat dalam teori graviti Newton. Perundangan jiwa dalam kehidupan sebagai perundangan-perundangan yang anadi atau abadi itu sudah ada sejak sebelum ditemui oleh para reṣi purwa pada samaya waidika. Sanatana Dharma mengisytiharkan bahawa sesuatu yang tak boleh diterbitkan dari sesuatu atau jagat raya itu sendiri adalah jelmaan dari kejadian Diwiyam atau jelmaan dari kejadian Sang Hiyang

Sejak Sanatana Dharma dirujuk kepada jalan-jalan kehidupan yang wujud pada masa yang sama dengan Yang Purna, dan Perundangan Swayan Siddha; makanya sabdawali Sanatan Dharma ini tidak merujuk kepada sesuatu yang terbuka kepada pindaan-pindaan. Sama seperti undang-undang graviti, matematik atau logik pun tak terbuka kepada debat aliran pemikiran atau pendapat berkaitan. Graviti sebagai contoh merupakan perundangan terwujud dalam alam semesta tak mengira sama ada seorang itu percaya kepada perundangan (hukum) graviti atau tidak. Sama juga dengan undang-undang Tuhan yang halus pun, ia melepasi segala cita pakapātapura atau pihak-pihak yang memecahkan diri mereka dengan aliran-aliran pemikiran atau perundangan dalam jagat raya.

Loka dan segala yang tercetus dari loka ini terbentuk dengan tiga kecenderungan yang kita panggil sebagai guna-guna iaitu sattwika, rajasika dan tamasika. Sattwika ini merupakan kecenderungan yang condong kepada bersih, molek, sempurna, tenang dan śantipriyam. Rajasika pula merupakan kecenderungan ke arah yang giat, bergerak, keraguan dan penuh paksaan. Tamasika pula merupakan kecenderungan kejadian ke arah kemalasan, lembap, mandom, lengai dan gelap. Jikalau tiada tiga guna ini, maka tak wujudlah kejadian segala termasuklah kita semua. Segalanya merupakan campuran tiga guna yang ini. Seorang muni yang pada dasarnya sattwika pun tetap mempunyai tahap-tahap rajasika dan tamasika dalam dirinya walaupun sebesar butir pasir sahaja.

Sanatana Dharma memperguna yogacaram sebagai cara mencapai moka atau kesedaran mengenai Tuhan. Yoga diterjemahkan secara lemahnya menjadi "kesatuan" ke dalam bahasa bukan bahasa Sanskerta. Yoga merangkumi yang lebih daripada itu. Yoga itu merupakan tindakan yang membawa kepada pencapaian kesatuan dengan Brahman. Ia merangkumi pengalaman sebenar membebaskan diri daripada keterikatan lokamaya yang menyebabkan "jiwa" tidak menyedari bahawa Brahman itu sedang mengawasinya.
 
Seterusnya nanti kita akan membicarakan mengenai Yuga Dharma pula. Apakah Yuga Dharma itu dan bagaimana bentuknya? 

Sunday, July 7, 2013

Pengertian Dharma


Dharma yang ini adalah pandangan dreśti orang Hindu kerana sebelum ini aku sudah paparkan mengenai dharma pada pandangan ajaran Buddha. Untuk kita pahami dharma ini apa, tak cukup dengan sekadar memahaminya menerusi ajaran Buddha sahaja. 

Dharma menurut kepada pemahaman Brahmana adalah Perundangan yang "mendukung, menyokong atau memelihara susunan aturan Jagat Raya". Dharma ini terbit dari kata akar "dhri" yang bererti "tapak untuk dipasak" atau "yang memelihara keseimbangan dan kebersamaan dalam Jagat Raya". Kata dharma ini sudah terpakai pada samaya Waidika dan ia dijelmakan sebagai salah satu ciri daripada Arta. Bhawana dharma ini merupakan tapak bagi segala agama orang Hindu: Brahmana, Jina, Buddha dan Sikh

Dalam ajaran Buddha dan agama orang Hindu umumnya, dharma merujuk kepada pemurnian dan perubahan susila seseorang manusia. Mungkin dalam beberapa keterangan itu terdapat perbedaan. Tetapi kedua-duanya masih menekankan bahawa tujuan utama kehidupan makhluk atau manusia itu adalah untuk mencapai keselamatan dalam bentuk moka atau nirwana. Dalam ajaran Sikh, pembebasan jiwa bukannya matlamat terakhir. Sebaliknya, ia merupakan tujuan penganut ajaran Sikh itu untuk melepaskan diri daripada segala keterikatan loka maya dan masuk ke bawah limpahan karunia duli baginda Guru.

Dharma ini bukan macam agama berbentuk dogma seperti Kristian atau lain-lain. Dalam pandangan orang Hindu juga, setiap benda dalam rupakara Jagat ini mempunyai dharma tertentu. Dari elektron, yang mempunyai dharma pergerakannya yang menurut cara tertentunya, sehinggalah kepada awan, nakchatara mandalam (galaksi), tumbuhan, serangga dan sudah tentunya manusia. Pemahaman manusia terhadap dharma bagi bahan tak bergerak pula dipanggil dalam pengajian sains moden kini sebagai, Fizik. Aku tak pasti sabdawali Arab untuk benda ini apa. Kalau mengikut kepahaman bahasa Melayu aku yang tercakup dengan jenis bahasa Melayu Purwa, Klasik sampai ke Moden di negara ini, mungkin erti dharma ini hampir sama dengan fitrah. Sebab itu aku selalu berasa pelik melihat orang merujuk kepada ajaran guru-guru, para jina dan buddha sebagai agama itu agama ini. Pada tapak pandanganku, setiap benda itu tak mengira bernyawa atau bernyawa mempunyai dharmanya sendiri. Dalam pandangan ajaran Buddha, dharma boleh juga diertikan sebagi kejadian-kejadian, prākhakarāa, wisayalana, fenomena dan sebagainya.

Latarbelakang

Dalam Rigweda, perkataan yang muncul sebagai akar nama, dharman, mempunyai pelbagai lapisan erti mencakupi "sesuatu yang kukuh tapaknya seperti sebatang silinder yang tercacak dengan pasak atas dan pasak bawah". Secara perlambangannya pemelihara atau pendukung dari dewata. Secara tatabahasanya, sama dengan kata bahasa Yunani iaitu ethos yang bererti perundangan, sasana, dan aturan. Dalam bahasa Sanskerta Klasik, kata nama ini menjadi kata yang menurunkan perkaitan-perkaitan erti lain iaitu dharma.  

Dalam bahasa Parsi lama pula, kata akar dhar mempunyai erti memperketat, menyokong atau memegang. Ia turut berkaitan juga dengan bahasa Awesta yang kata rupanya "dar" membawa erti memegang. Bahagian adat-istiadat orang Parsi Purwa seperti penghormatan kepada api turut terdapat dalam adat-istiadat Hindu Brahmana. Dalam Atharwaweda pula, kata akar bertema ini disebut sebagai dharma dan dalam bahasa Bali kita sebutnya sebagai dhamma.   

Nirwacanam

Dharma ini merupakan bhawana utama dalam dreśti orang Hindu dan keagamaannya. Susah untuk diberikan erti sempurna bagi kata dharma kerana kata ini mempunyai itihasa yang lama dan pelbagai. Ia memerlukan pula kepada susunan pengertian dan penafsiran yang rumit.

Selain daripada merujuk kepada Perundangan dalam Jagat Raya atau deria-deria abstrak atau Nama Dharma, kata dharma ini turut menerangkan tentang sikap yang dianggap perlu bagi memelihara susunan semula jadi semua bahan dalam Jagat Raya. Dharma mungkin mencakupi buah pikiran seperti tugasan, agama, kerjaya, dan segala sikap yang dianggap sebagai sesuai pada Jagat, benar atau pun menurut susila. Lawan bagi dharma ini adalah adharma ertinya tiada teratur tiada semulajadi, dibuat-buat atau dipaksakan.

Terbitan

Kata dharma sudahlah diguna pada samaya waidika, terbitlah ia sebagai salah satu daripada ciri Ata. Etika-etika dalam weda-weda ini adalah berdasarkan kepada bhawana Satyam dan Ata. Satyam ini merupakan prinsip jalinan yang berakar dalam Yang Mutlak manakala Ata itu adalah ungkapan kepada Satyam yang menyusun dan mengatur gerakan Jagat Raya dan segala yang terkandung dalamnya. Menurut kepada Aṛta membolehkan kita mencapai kemajuan dalam gerakan kita dalam Jagat manakala melawannya pula akan membawa kepada malapetaka!

Buah pikiran bahawa dharma sebagai tanggungjawab atau kesesuaian ini ditemui dalam athasastram dan juga sastera-sastera agama orang Hindu yang lain. Dijelaskan bahawa memang ada susunan yang ditetapkan secara kedewataan pada alam semulajadi ini yang kita panggil sebagai Aṛta dan ada keadilan, keharmonian sosial dan kebahagian yang memerlukan orang ramai membedakan dan hidup dengan menurut aturan yang itu! 

Panduan dan undangan berkenaan ini terkumpul dalam Dharmasastram. Dalam teks-teks ini, perundangan kemasyarakatan dihubungkan secara tidak langsung dengan agama orang Hindu sekeliannya. Maka, dapat dilihat bahawa pada samaya purwa di Nusantara ini raja-raja membuat penafsiran pada dharmasastram yang diajarkan oleh bangsa Brahmana kepada mereka itu bagi menjalankan pemerintahan dalam negeri dan segala hukuman walaupun pada dasarnya raja-raja yang berbangsa Melayu itu merupakan penganut ajaran Buddha. Sastram segala ini memuatkan arahan-arahan bagi jalan benar untuk perlaksanaan istiadat agama dan upacara serta jalan untuk menempuhi kehidupan secara berśila dan sattwika.  

Penggunaan

Sabdawali dharma ini dipergunalah dalam semua pandangan hidup orang Hindu serta agama yang terbit di benua Hindu seperti aliran Saiwa, aliran Waisnawa, aliran Sakti, aliran Kaumara, ajaran Buddha, ajaran Jina, agama Sikh dan sebagainya. Dalam ajaran Buddha dan ajaran Jina, ia merujuk kepada ajaran yang tercetus dari Siddhartha Gautama dan Mahawira. 

Dalam agama orang Hindu yang umumnya, ia bererti peraturan keagamaan dan silsila atau undang-undang alam semulajadi yang mengatur kehidupan seseorang sama ada tatkala dia berseorangan atau berkumpulan. Dharma yang berseorangan itu beda pula dengan dharma yang berkumpulan! Yang ini banyaklah manusia tidak memahaminya walaupun mereka itu belajar agama sampai setinggi kayangan. Erti kasarnya dari bahasa Sanskerta itu adalah kuasa undang-undang yang dikeluarkan sesuatu pihak atau adat-adat. Dalam masyarakat Hindu yang tradisional, dharma ini sudah pun terjalin dalam kehidupan mereka sejak samaya sejarah dengan peristiwa-peristiwa seperti yagna atau pengorbanan, silsila atau nilai-nilai akhlak mulia, sikap tabiat dan tanggungjawab menurut kepada jatiniyam seseorang, serta perundangan kemasyarakatan dan perundangan jenayah.    

Erti biasanya lagi, mencakupi dua buah pikiran utama iaitu kehidupan kemasyarakatan itu disusun melalui rupakara warna yang sudah pun dinirwacanakan secara lengkap sempurna serta kehidupan orang perseorangan yang terdapat dalam sesuatu warna itu pula tersusun ke dalam tahap-tahap kehidupan yang dikenali asrama. Dharma ini pula bersesuaian dengan tahap umur, jati, pekerjaan dan juga jantina makhluk. Dewasa ini, kata dharma cuma digunakan bagi mengertikan "agama" contohnya seperti agama Hindu, agama Buddha, agama Kristian atau agama Islam. Tapi erti sebenarnya itu bukan semudah itu!